TERKINI: 2 Juruterbang (Mejar) Pesawat Hawk 108 TUDM Ditemui Meninggal Dunia

TERKINI: 2 Juruterbang (Mejar) Pesawat Hawk 108 TUDM Ditemui Meninggal Dunia

Susulan sebuah pesawat pejuang Hawk 108  hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu-Pahang.

Dua juruterbang pesawat itu ditemui meninggal dunia di kawasan hutan paya, Chukai, Kemaman pada pukul 2.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang pada sidang media di Kuantan hari ini.

“Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan. Mereka adalah juruterbang berpengalaman dan ini adalah kehilangan besar kepada kami.”

Dua juruterbang itu ialah Mejar Hasri Zahari, 31 tahun (kiri) dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39 tahun.

Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan memakai payung terjun, namun pesawat tersebut masih belum ditemui.

Pesawat berkenaan dilaporkan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan, Pahang pada 11 pagi tadi sebelum terputus hubungan setengah jam kemudian. – BERNAMA

Infografik – Astro Awani

 

 

Jenazah kedua-dua juruterbang itu kini  di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang.

Mejar Mohd Hasri berasal dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan manakala Mejar Yazmi Mohamed Yusof dari Kuala Lumpur.

~ AL- FATIHAH buat Arwah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!