Tak Serik! Pelakon Benjy Kini Ditahan Di Indonesia Angkara Dadah

Tak Serik! Pelakon Benjy Kini Ditahan Di Indonesia Angkara Dadah

Setelah beberapa kali ditahan kerana memiliki dadah, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, tak serik apabila sekali lagi ditangkap bagi kesalahan yang sama pada Selasa lalu.

Kali ini anak kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

Detiknews melaporkan, Ketua Jabatan Kastam, Zaky Firmansayah mengesahkan mengenai penangkapan berkenaan.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, kami menemui dua bungkus dadah jenis syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di dalam duburnya,” kata Zaky.

Menurut Zaky, Benjy tiba ke Medan menaiki pesawat Malindo Air pada Selasa malam.

Pihak berkuasa dimaklumkan bahawa Benjy mengaku membeli dadah itu dari seseorang di Kuala Lumpur. Hasil soal-siasat, Benjy memberitahu tujuannya ke Medan adalah untuk mencari juruhebah (deejay).

Setakat ini Benjy sudah diserahkan kepada Bahagian Anti Narkotik Polis Daerah Sumatera Utara (Sumut) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sebelum ini, Benjy pernah ditahan dalam empat kes membabitkan pemprosesan dan memiliki dadah di sekitar Lembah Klang dan Muar, Johor, namun dibebaskan.

mStar, BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *