Pesawat Pejuang Hawk 108 TUDM Hilang Di Sempadan Terengganu/Pahang

Pesawat Pejuang Hawk 108 TUDM Hilang Di Sempadan Terengganu/Pahang

Nampaknya kejadian pesawat terhempas/hilang makin banyak berlaku sekarang ini. Terbaru hari ini, sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan hilang selepas terputus hubungan kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Menerusi kenyataan TUDM,¬†“Markas Tentera Udara mengesahkan bahawa sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.”

“Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.”

Pihak TUDM telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

UPDATE : Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dikhabarkan menemui payung terjun di kawasan pencarian, di utara Kuantan, selepas Zohor, hari ini.

UPDATE : Kedua-dua juruterbang pesawat pejuang Hawk 108 disahkan terkorban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!