Perkembangan Terbaru Michael Schumacher Yang Ramai Ingin Tahu

Perkembangan Terbaru Michael Schumacher Yang Ramai Ingin Tahu.jpg

Peminat legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher yang inginkan khabar terbaharu berhubung kesihatan pelumba tersebut telah mula berdoa sempena memperingati tahun kedua kemalangan menimpa bintang tersebut.

Beribu ucapan dan doa ke atas Schumacher telah dikongsi menerusi hashtag #prayforSchumi di Facebook milik pelumba tersebut.

Pada 29 Disember ini genap dua tahun pelumba F1 itu terlibat dalam kemalangan ketika meluncur salji yang mengakibatkan dia koma sehingga kini.

Malah beberapa peminat pelumba itu tidak jemu untuk terus berharap agar Schumacher segera pulih seperti sedia kala.
Salah seorang daripada mereka Nicky Cartledge menulis di Facebook: “Teruskan berjuang Michael, beri satu berita gembira sempena tahun kedua kemalangan anda.”

Riekie Swart pula berkata: “Dua tahun… Adakah ini situasi realiti?”

Laporan semasa mengatakan sebanyak 15 pakar perubatan sentiasa mengawal perkembangan keadaan Schumacher, 46 tahun.

Malah jumlah kos perubatan legenda F1 itu juga dikatakan mencecah 115,000 pound (RM737,299) seminggu.

Keputusan isteri pelumba itu Corinna menjual jet peribadi mereka pada Mei lalu menguatkan spekulasi bahawa dia tidak lagi dapat meneruskan kehidupan mewahnya.

Dalam pada itu, pada bulan lepas, Presiden FIA, Jean Todt berkata, bintang F1 itu masih meneruskan perjuangannya untuk keluarganya.

“Michael adalah seorang kawan baik, keluarganya amat rapat de­ngan saya dan saya juga amat rapat dengan mereka dan kami semua harus terus berjuang untuk keluarganya,” kata Todt. – Agensi

michael schumacher kemalangan.png

Perkembangan Terbaru Michael Schumacher Yang Ramai Ingin Tahu.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *