Naik Lagi! Ini Harga Minyak Petrol & Diesel Bermula Jam 12 Malam Ini! (9-15 November 2017)

Minggu lepas, rakyat sudah menikmati kenaikkan harga bahan api sebanyak 4sen. Pada minggu ini, derita ditambah lagi apabila harga runcit bagi minyak petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik lagi sebanyak tujuh, enam dan tiga sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik tujuh sen kepada RM2.31 seliter.

Sementara itu, RON97 naik enam sen kepada RM2.60 seliter dan diesel naik tiga sen kepada RM2.20 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 9 November hingga 15 November ini.

Mekanisme penetapan harga bahan api secara mingguan ini dikuatkuasakan sejak April lalu oleh kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!