Selepas 30 Tahun Nama Kerabat Diraja Johor Dirosakkan, Keluarga Prebet Adam Akhirnya Mohon Maaf, Dedah Sesuatu…

Hawa Jaafar, 53 tahun, adik kepada Prebet Adam, menafikan adiknya dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail semasa berkhidmat sebagai ‘caddy’ golf kepada Almarhum.

“Saya minta maaf kepada keluarga Diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana terpalit dengan fitnah yang membabitkan abang saya, Prebet Adam”.

Beliau berkata, mereka sekeluarga terpaksa menahan malu dan marah selama 30 tahun, kerana tidak dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat dan pihak berkuasa.

“Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan.

“Semua adik beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah,” katanya pada sidang media, hari ini.

Turut hadir, dua lagi adik Adam iaitu Arina Jaafar dan Arman Jaafar. Adam adalah anak sulung daripada sembilan beradik.

Mengulas lanjut, Hawa yang juga anak kedua daripada sembilan beradik berkata, mereka sekeluarga tidak pernah mengenali seorang pun keluarga kerabat Diraja Johor.

Malah katanya, mereka sekeluarga turut difitnah menerima wang sogokan sebanyak RM10,000 sebulan bagi menafikan perkara terbabit.

“Lihatlah kediaman saya, kami cuma orang biasa. Kami tidak pernah terima sesen pun duit daripada mana-mana pihak untuk nafikan hal ini,” katanya yang tinggal di Pangsapuri Taman Desaria Sri Merpati, hari ini.

 

Kejadian amuk Prebet Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pernah menggemparkan negara pada 1987 dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Kejadian amuk membabitkan Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987, pernah menggemparkan negara dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun kerana disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan berkenaan.

Isu mengenai kejadian Adam mengamuk itu kembali mendapat perhatian ramai pihak selepas TMJ menyatakan pendapat peribadinya dan mengkritik “individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri”.

Berikut dibawah adalah versi ke-2 yang ditulis oleh Syahril A.Kadir, (bekas wartawan jenayah akhbar Utusan Malaysia, TV Alhijrah dan Sinar Harian)

[Amukan Prebet Adam 18 Oktober 1987]

KES AMUK PREBET ADAM. SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERSIHKAN NAMA KESULTANAN JOHOR!

Dah lama juga aku tak tulis kisah-kisah jenayah ini. Hari ini aku nak mengimbas kembali satu peristiwa yang cukup menggemparkan negara satu ketika dulu iaitu peristiwa amuk Prebet Adam Jaafar yang mengamuk hingga menyebabkan seorang lelaki Che Soh Che Mahmud terbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.

Ceritanya bermula bila Adam bertindak melepaskan beratus das tembakan secara membabi-buta di kawasan itu. Tak cukup dengan itu, dia juga cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini’

” Malam Sial Untuk Adam. Membunuh, Dibunuh atau Bunuh Diri ”

Sejak itu, sehingga sekarang, kalau search kat Google mengenai Adam ini, kita akan ‘dihidangkan’ dengan pelbagai kisah serta versi kejadian itu dan yang paling hot, Adam kononnya bertindak demikian setelah adiknya dipukul hingga mati oleh seorang ‘kerabat’ Diraja Johor. Kononnya kerabat ini marah bila dirinya ditertawakan oleh mangsa kerana gagal memukul bola masuk ke dalam lubang. Lalu mengsa telah dirembat hingga mati dengan menggunakan kayu golf oleh kerabat terbabit. Ini menyebabkan Adam mengamuk menggunakan M16 di Chow Kit tak lama selepas kejadian kerana kononnya hendak menuntut bela.

INI BETUL-BETUL FITNAH DAN PEMBOHONGAN YANG JELAS DAN NYATA TERHADAP KESULTANAN JOHOR!

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Adam ketika itu mengalami tekanan perasaan yang amat dahsyat kerana dibuli, didera mental dan fizikal hingga pernah diarahkan untuk membuat seks oral oleh para seniornya di kem tentera mereka. Adam, anggota tentera dari Unit Renjer yang berasal dari keluarga miskin di Pulau Pinang masa itu tidak dapat lagi menerima seksaan demi seksaan di kem tersebut hingga menyebabkan dia tak mampu lagi berfikir secara waras seperti manusia biasa. Dia kemudian mengambil keputusan untuk mengamuk dan melepaskan tembakan liar menggunakan rifal M16 yang dibawanya.

Aku bukan reka cerita, semua benda ni disebut dan diperincikan di mahkamah satu persatu namun tak ramai yang endah, sebaliknya hanya berminat pada cerita fiksyen yang tak wujud dan ntah dari mana datangnya itu.

Bicara punya bicara, Hakim akhirnya mengarahkan Adam dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana mengalami masalah mental sekaligus semua pertuduhan ke atasnya tekah digugurkan. Malangnya sehingga hari ini, orang ramai masih mengaitkan kes itu dengan istana Johor, apatah lagi ketika kes itu berlaku, Sultan Johor merupakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Buka saja atau Goggle saja di internet pasal kes ni, korang boleh baca, ramai orang diluar sana yang menjadi ” pegawai polis dan pendakwa ” tidak rasmi dan mereka seolah-olah tahu A to Z apa sebenarnya yang berlaku.

BHarian, Infokini,FB Syahril A.Kadir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!