Identiti Mangsa Tembak di Danau Kota Dikenalpasti

Identiti Mangsa Tembak di Danau Kota Dikenalpasti

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian tembak berhampiran lampu isyarat Danau Kota. Seorang mangsa lelaki disahkan mati ditempat kejadian selepas dihujani dengan lebih 10 das tembakan.

Menurut laporan Oriental Daily, kejadian itu berlaku di hadapan pusat beli-belah Setapak Central yang dahulunya dikenali sebagai Festival City di Danau Kota, dekat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju.

Mangsa yang dikenali Kana memandu kereta jenis Honda Accord ditembak empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota, Setapak.

“Keempat-empat suspek menghampiri kereta mangsa sebelum pembonceng kedua-dua motosikal turun dan melepaskan beberapa das tembakan pada tingkap bahagian kanan dan kiri kereta,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur iaitu Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Pihak polis percaya pembunuhan mangsa yang juga bapa kepada tiga orang anak yang menetap di Taman Melawati, Wangsamaju itu mungkin ada kaitan dengan kongsi gelap.

Siasatan awal mendapati mangsa adalah pemberi pinjaman wang atau ceti haram. Punca sebenar pembunuhan masih belum dapat dipastikan.

“Mangsa tidak mempunyai rekod jenayah, tetapi pernah ditangkap sebelum ini pada tahun 2014. 4 daripada peluru mengenai lengan kanan mangsa. 10 das tembakan pula menusuk ke badannya selain dari kepala dan paha mangsa turut terkena tembakan,” katanya.

Pihak polis memohon kepada semua saksi yang berada di tempat kejadian segera tampil bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!