Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 14 – 20 September 2017

Sedia maklum, mekanisme harga bahan api negara kini ditetapkan setiap minggu sejak diperkenalkan pada April lalu.

Penetapan harga minyak secara mingguan ini nyata menambah lagi beban rakyat apabila harga runcit bagi Petrol dan Diesel pada minggu ini, NAIK LAGI setelah 11 minggu tak turun-turun.

Harga runcit baru RON95 ditetapkan pada RM2.21 seliter (NAIK 1 SEN) berbanding sebelum ini RM2.20 dan RON97 pula RM2.52 seliter (NAIK 4 SEN).

Manakala harga diesel juga dilaporkan naik dan akan dijual pada harga RM2.14 seliter (NAIK 9SEN).

Harga minyak naik hampir setiap minggu sejak 6 Julai lalu.

 

Harga terbaru ini akan berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam ini dari 14 September 2017 sehingga 20 September 2017.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!