Harga Terkini Minyak Petrol & Diesel Naik Bermula 27 Julai Hingga 2 Ogos 2017

Harga Terkini Minyak Petrol & Diesel Naik Bermula 27 Julai Hingga 2 Ogos 2017

Seperti biasa, mekanisme harga runcit minyak negara kini ditetapkan mengikut kaedah mingguan, yang telah dikuatkuasakan bermula April 2017.

Perubahan harga petrol dan diesel diumumkan pada setiap hari Rabu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Harga runcit bahan api petrol dan diesel minggu ini mencatatkan kenaikan berbanding minggu lalu.

Harga petrol RON95 naik 6 sen, menjadikan harga baharu RM2.03 per liter (dari RM1.97 per liter) dan RON97 juga naik 6 sen kepada RM2.28 (dari RM2.22 seliter).

Manakala, harga Diesel juga turut meningkat sebanyak 3 sen pada RM1.99 seliter (dari RM1.96 per liter).

Harga baharu ini berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam 27 Julai hingga 2 Ogos 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *