Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 15-21 Jun 2017

Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 15-21 Jun 2017

Seperti biasa, mekanisme harga runcit minyak kini ditetapkan mengikut kaedah mingguan setiap hari Rabu yang dikuatkuasakan bermula April berbanding secara bulanan sebelum ini.

Harga terbaru minyak mentah untuk minggu ketiga bulan Jun turun lagi, selepas mengalami penurunan harga dua minggu sebelum ini.

Harga RON95 dan petrol RON97 turun sebanyak tujuh sen, manakala diesel berkurangan sebanyak enam sen.

RON95 turun dari RM2.05 seliter kepada RM1.98 seliter, manakala harga RON97 akan turun dari RM2.31 seliter kepada RM2.24 seliter.

Bagi harga diesel, ia akan turun dari RM1.94 seliter sebelum ini kepada RM1.88 seliter.

Harga baharu ini akan berkuatkuasa bermula tengah malam 15 Jun sehingga 21 Jun 2017.

Harga terbaru ini telah diumumkan di RTM1 dan menerusi pengumuman di Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan petang Rabu.

Foto oleh – BERNAMA

Sistem apungan dilaksanakan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan api oleh kerajaan.

Penurunan harga bahan api selama dua minggu berturut-turut ini didorong oleh faktor kejatuhan harga minyak global akibat lebihan bekalan.

Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *