Harga Minyak Petrol & Diesel Bermula Esok Hingga Rabu Depan, Pasti Ramai Mengalirkan Air Mata..

Petang rabu setiap minggu, rakyat marhaen sudah pastinya akan menanti pengumuman perubahan harga bahan api petrol dan diesel, adakah menambah derita ataupun kelegaan buat sementara.

Minggu ini, rakyat menerima kelegaan buat sementara apabila harga runcit bagi petrol RON95, RON97 masing-masing turun satu sen manakala diesel turun empat sen.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun satu sen daripada RM2.30 kepada RM2.29 seliter manakala RON97 turun satu sen daripada RM2.58 kepada RM2.57 seliter.

Harga baru kedua-dua bahan api itu berkuat kuasa bermula dari jam 12.01 tengah malam ini (7 Disember) hingga 13 Disember 2017 (rabu depan).

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Minggu lepas harga petrol kekal tidak berubah dan diesel pula mengalami kenaikkan 2sen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!