Final Bola Sepak Sukan SEA 2017: Malaysia Lepaskan ‘Ibu Emas’ Pada Thailand

Foto oleh FAM

Final Bola Sepak Sukan SEA 2017: Malaysia Lepaskan ‘Ibu Emas’ Pada Thailand Untuk Perak

Kegemilangan pungutan pingat oleh kontinjen Malaysia bertukar hiba pada malam ini, apabila skuad bola sepak negara B-23 melepaskan ‘ibu emas’ kepada Thailand dalam perlawanan akhir sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam.

Sejarah hitam pada tahun 2001 berulang kembali apabila Malaysia sekadar memperoleh pingat Perak selepas tewas tipis 0-1 di tangan skuad Gajah.

Thailand memperoleh gol tunggal kemenangan hasil kesilapan bodoh dari penjaga gol Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli yang tertumbuk bola masuk ke dalam gawang sendiri pada minit ke-38 permainan selepas sepakan sudut.

 

Di separuh kedua permainan, Malaysia dilihat berusaha memburu gol penyamaan dengan cubaan demi cubaan di hadapan gawang namun gagal. Nyata nasib tak menyebelahi pasukan negara selepas mereka tidak berjaya menyempurnakan peluang yang ada sehingga ke tiupan wisel penamat.

Untuk rekod, Malaysia kali terakhir meraih pingat emas dua kali berturut-turut iaitu pada pada edisi 2009 dan 2011.

Manakala kejayaan Thailand edisi KL2017 ini menyaksikan koleksi emas ketujuh keseluruhannya bermula 2001, 2003, 2005, 2007, 2012 dan 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *