ADOLF HITLER

ADOLF HITLER.jpg

Adolf Hitler adalah seorang tokoh politik Jerman di antara akhir 1920-an hingga 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia Pertama tetapi berperanan penting dalam Perang Dunia Kedua. Kini beliau dilabel Barat sebagai seorang yang kejam, bengis dan diktator yang gila kuasa.

Adolf Hitler.jpg

Adolf Hitler dilahirkan pada 20 April 1889, di sebuah perkampungan kecil di Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.

Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum mengahwini ibu Hitler, Klara Polzl. Sebelum melahirkan beliau ibunya telah melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan tetapi ketiga-tiga anaknya mati pada usia muda. Pada usia enam tahun, beliau belajar di sebuah sekolah awam di Fischlham berhampiran Linz, Austria. Abang angkatnya, Alois Jr. sering dipukul oleh bapanya dan dia telah lari dari rumah akibatnya Hitler yang menjadi mangsa bapanya.

Sewaktu di sekolah rendah beliau telah menunjukkan bakatnya dalam beberapa bidang seperti lukisan dan nyanyian. Beliau amat meminati seni reka bangunan dan mampu melakarkan semula sebuah bangunan hanya dengan menggunakan ingatannya. Beliau gemar membaca buku terutamanya kisah koboi dan Indian dan juga kisah perang melibatkan Empayar Jerman yang lampau. Beliau sangat lemah dalam mata pelajaran matematik dan juga bahasa.

Sebelum melangkah ke sekolah menengah, beliau ingin memasuki sekolah berjurusan klasik di mana beliau boleh belajar lebih mendalam tentang lukisan. Tetapi bapanya membantah dan mahukan anaknya memasuki sekolah teknik dan menjadi pegawai kerajaan. Hitler terpaksa akur dengan kehendak bapanya. Beliau sering berselisih dengan bapanya sehingga bapanya meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru.

Selepas bapanya meninggal dunia Hitler melakukan apa sahaja yang disukainya dan grednya semakin menurun dan beliau sering melakukan perkara yang nakal di sekolah. Semasa di sekolah beliau hanya meminati dua subjek iaitu sejarah dan lukisan. Beliau amat mengagumi guru sejarahnya, Dr. Leopold Potsch, yang suka menceritakan tentang perwira-perwira Jerman yang lampau.

Pada usia 15 tahun beliau diserang pendarahan paru-paru suatu penyakit turun temurun dan setahun kemudian meninggalkan alam persekolahan atas alasan kesihatan. Beliau membuang masanya berjalan di sekitar bandar raya Linz, Austria, melawat muzium, opera dan duduk ditebing sungai Danube.

Pada usia 17 tahun beliau melawat ibu negara Austria iaitu Vienna. Beliau amat kagum dengan keindahan seni reka bangunan di sana seperti opera house dan bangunan Parlimen serta bangunan di sekitar Ring Boulevard. Justeru itu beliau mengambil keputusan untuk mendaftar di Vienna Academy of Fine Arts sebuah sekolah kesenian berprestij. Ibunya semakin tenat akibat penyakit barah payudara. Namun beliau bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pelukis terkemuka sehingga meninggalkan ibunya sendiri.

Cita-cita beliau musnah apabila gagal dalam peperiksaan kemasukan akademi tersebut. Beliau telah gagal sebanyak dua kali dan tidak berjaya memasuki akademi itu. Kesedihan semakin bertambah apabila ibunya meninggal dunia. Selepas ibunya meninggal dunia, Hitler masih mencuba nasibnya di Vienna.

Pada umur 21 tahun beliau menyara hidupnya melalui penjualan gambar-gambar bangunan yang disalin dari poskad. Selain itu, beliau mula membaca buku-buku falsafah dari penulis seperti Nietzsche, Hegel, Fichte, Treitschke dan Houston Stewart Chamberlain.

Penyertaan Dalam Perang Dunia Pertama

Hitler dengan penuh bersemangat telah menyertai pasukan tentera untuk berjuang menentang musuh negara. Tugasnya yang pertama adalah sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantri Regimen Bavaria ke 16. Beliau terkenal di kalangan sahabat handainya sebagai seorang yang licik dan selalu terlepas dari maut. Disebabkan keberaniannya, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat termasuklah “Iron Cross”.

Jerman terpaksa mengaku kalah kepada Perancis dan Jerman dipaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada Perancis. Hitler amat kecewa apabila negara Jerman yang beliau sanjungi terpaksa tunduk kepada kuasa lain terutamanya musuh ketat mereka iaitu Perancis.

Pembabitan Awal Dalam Politik

Selepas Perang Dunia Pertama berakhir, Hilter telah ditempatkan di Munich ibu negeri Bavaria. Ketika itu Bavaria berada dalam keadaan revolusi. Kurt Eisner, pemimpin Parti Sosialis Bebas (Independent Socialist Party) telah mengisytiharkan Bavaria sebagai sebuah republik sosialis. Pada 1919 tentera Jerman memasuki Munich dan menumpaskan kerajaan sosialis tersebut. Hitler sendiri ditahan kerana disyaki sebagai seorang yang berfahaman sosialis. Namun beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk membantu mereka mengenal pasti tentera yang menyokong kerajaan revolusi pimpinan Kurt Eisner. Beliau kemudiannya diberi tugas baru sebagai perisik gerakan revolusi di Munich.

Pada September 1919, Hitler diarahkan untuk menghadiri mesyuarat Parti Pekerja Jerman (GWP). Pihak tentera bimbang parti baru ini yang diterajui Anton Drexler, cenderung ke arah revolusi komunis. Sewaktu menghadiri ini beliau bersetuju dengan dengan misi parti ini iaitu ke arah nasionalisme Jerman dan anti-semitisme. Walaupun dia hadir sebagai seorang perisik, beliau tidak dapat menahan dirinya daripada memberi ucapan yang berkobar-kobar. Drexler amat tertarik dengan Hitler dan kemudiannya mengajak beliau menyertai parti ini.

Sewaktu Hitler menyertai parti GWP, keahliannya amat sedikit iaitu hanya seramai 46 orang. Lama kelamaan kerana kebolehannya berpidato menyebabkan ramai yang tertarik untuk menyertai parti tersebut. Beliau telah membawa masuk rakan tenteranya termasuk Kapten Ernst Roehm. Kemasukan Roehm amat bermakna buat parti ini kerana dia mempunyai akses kepada tabung tentera dan wang ini telah disalurkan kepada parti tersebut. Hitler diberi tugas menguruskan jentera propaganda parti pekerja ini dan beliau kemudiannya menukar nama Parti Pekerja Jerman kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi.

Pada Februari 1920, parti NSDP telah mencetak programnya yang pertama dipanggil “25 Points”. Antara lain, program ini menolak syarat-syarat Persetiaan Versailles dan menyeru rakyat Jerman supaya bersatu. Program ini telah memperkukuhkan ideologi nasionalisme dengan memberi hak saksama kepada rakyat Jerman sahaja. Pada 24 Februari 1920, sebuah perjumpaan besar-besaran diadakan untuk mengumumkan program ini kepada rakyat ia dihadiri seramai 2,000 orang. Hitler sedar kejayaan parti Nazi adalah kerana usahanya sendiri dan Drexler terpaksa memberi laluan kepada Hiteler.

Pada tahun 1923 ekonomi Jerman dilanda krisis apabila pekerja di Ruhr telah mengadakan mogok. Mogok berlaku kerana tentera Perncis menduduki wilayah tersebut setelah Jerman gagal membayar membayar pampasan perang kepada Perancis. Canselor Jerman yang baru, Gustav Stresemann bersetuju untuk kembali membayar pampasan kepada Perancis dan mencetuskan kemarahan rakyat Jerman. Hitler menganggap peristiwa ini sebagai suatu kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Bavaria dan juga kerajaan demokratik Jerman. Revolusinya yang dikenali sebagai “Beer Hall Putsch” telah digagalkan. Pemberontakan telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa orang ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat.

Kebangkitan Hitler

Pada 20 Disember 1924 Hitler telah dibebaskan. Pada waktu itu Jerman sedang mengalami pemulihan ekonomi dan rakyatnya mula yakin kembali dengan sistem demokratik. Sewaktu pilihan raya 1924 dan 1928 parti NSDAP memenangi kerusi yang sedikit di Reichstag iaitu kurang daripada 20 kerusi. Pada waktu ini beberapa orang penting telah menyertai parti NSDAP iaitu Joseph Goebbels dan Heinrich Himmler. Mereka kemudiannya menjadi penyokong Hitler yang paling berpengaruh.

Pada tahun 1929, nasib mula menyebelahi Hitler apabila Amerika Syarikat dilanda kemelesetan ekonomi. Hampir 4 juta rakyat Jerman menjadi penganggur. Sokongan kepada parti NSDAP semakin melonjak. Pada tahun 1929, parti NSDAP memenangi undi majoriti dalam pengundian di bandar Coburg dan kemudiannya memenangi pengundian di daerah Thuringia. Pada pilihan raya umum pada tahun 1930, parti pimpinan Hitler telah menambah kerusinya dari 14 ke 107, menjadikannya parti kedua terbesar di Reichstag.

Pada tahun 1932, parti NSDAP telah menjadi parti terbesar di Reichstag, namun parti tersebut disekat oleh parti lain seperti Parti Jerman Sosial Demokrat dan Parti Komunis Jerman. Beliau telah menemui Presiden Paul Von Hindenburg untuk menjadi Canselor tetapi gagal. Akhirnya beliau hilang sabar dan melancarkan keganasan terhadap penyokong nasionalisme dan komunisme. Ramai penyokong parti telah dibunuh dan ahli parti Nazi telah dipenjarakan. Akibatnya rakyat Jerman menolak Nazi yang dianggap parti samseng dan pada pilihan raya sokongan parti tersebut telah menurun. Manakala parti komunis telah mendapat sokongan padu dan telah berjaya menambah kerusi sebanyak 100 kerusi.

Hitler telah menggunakan kemenangan parti komunis sebagai suatu kesempatan untuk mencetuskan huru-hara. Beliau dengan jentera propagandanya telah berusaha menakutkan rakyat dengan menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan berlaku dan hanya NSDAP mampu membendungnya. Beberapa ahli perniagaan terkenal yang risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul Von Hindenburg supaya melantik Hitler sebagai Canselor. Hindenburg akhirnya terpaksa akur dan melantik Hitler sebagai “Canchellor” (Perdana Menteri) Jerman.

Selepas pilihan raya 1932, Hitler mencadangkan Rang Undang-Undang Enabling Bill yang memberi kuasa diktaktor kepadanya. Rang Undang-Undang tersebut tiga perempat undi Reichstag dan partinya hanya mempunyai satu pertiga kerusi. Sebahagian besar wakil parti komunis telah dimasukkan ke dalam kem tahanan. Hitler hanya memerlukan sokongan Catholic Centre Party (BVP) untuk meluluskan akta ini. Hitler kemudiannya berjumpa dengan perwakilan parti ini dan menjamin hak saksama untuk gereja Katolik. Akhirnya Hitler mendapat sokongan parti BVP dan akta ini diluluskan.

Parti Komunis dan Parti Sosial Demokrat telah diharamkan. Disusuli parti lain termasuk Catholic Centre Party, Nasionalist Party dan parti-parti lain kecuali NSDAP telah diisytiharkan sebagai parti haram. Joseph Goebbels telah dilantik sebagai sebagai Menteri Propaganda dan sentiasa memantau maklumat yang disebarkan melalui surat khabar, majalah, buku, radio dan sebagainya. Manakala Goering merupakan Menteri Dalam Negeri telah memecat pegawai-pegawai tinggi polis dan menggantikannya dengan penyokong Nazi.

Pada awal pemerintahan, Hitler sentiasa bimbang dengan perebutan kuasa dalam partinya oleh demikian beliau telah melaksanakan sistem “divide and rule” bersama pegawai-pegawainya yang berpengaruh. Pada malam yang dikenali sebagai “The Night of the Long Knives” Hitler membunuh semua penentangnya termasuk Roehms dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi. Hitler berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjata Jerman.

Banyak kejayaan telah berlaku semasa Hitler memerintah. Antara lain, Jerman merupakan negara Eropah pertama yang pulih sepenuhnya akibat kemelesetan ekonomi dunia. Kadar pengangguran telah dikurangkan. Disamping itu, Hitler telah mewujudkan industri automotif secara besar-besaran di Jerman seperti membuatan kereta Volkswagen dan juga membangunkan sistem lebuhraya.

Perang Dunia Kedua 

Pada September 1939, tentera Nazi menyerang Poland dengan serangan taktik “Blitzkrieg” (serangan darat, udara secara besar-besaran dan mengejut). Serangan terhadap Poland menyebabkan musuh-musuhnya bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman dengan itu bermulalah Perang Dunia Kedua.

Setelah berperang Jerman mengalami kekalahan dalam pertempuran, Hitler menyedari kekalahan dan kemudiannya beliau membunuh diri pada 30 April 1945 dan mayatnya dipercayai dibakar untuk mengelak jatuh ke tangan musuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!