7 Manfaat Air Kelapa Yang Ramai Tak Tahu

7 Manfaat Air Kelapa Yang Ramai Tak Tahu.jpg

Mesti ramai yang sukakan air kelapa yang pastinya menyegarkan tekak, lebih-lebih lagi ketika musim panas. Selain itu juga, air kelapa mampu menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan.

Masih ramai lagi yang tidak tahu khasiat air kelapa untuk kesihatan dan kecantikan.

Menurunkan Berat Badan

Air kelapa mengandungi lemak yang sangat rendah. Malah, air kelapa membantu meningkatkan selera makan dan mengenyangkan kerana kaya dengan khasiat semulajadi.

Merawat Masalah Kulit

Bagi anda yang mempunyai masalah seperti jerawat, parut dan gatal kemerahan, membasuh kulit dengan air kelapa bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit.

Menghilangkan Rasa Perut Kurang Selesa

Setiap kali berdepan dengan masalah perut, air kelapa mampu memberi keselesaan pada perut. Air kelapa boleh menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat kekerapan kencing dan muntah.

Atasi Masalah Pedih Ulu Hati

Kandungan serat tinggi di dalam air kelapa mampu atasi masalah kurang hadam dan membantu mengurangkan masalah ‘acid reflux’. Air kelapa mampu memberi rasa lega pada perut.

Tingkat Hidrasi Tubuh

Sangat berkesan untuk menghidrat tubuh badan lebih-lebih lagi selepas bersukan dan dijadikan minuman tenaga. Tak perlu dah minuman lain yang pastinya tidak baik untuk tubuh.

Kaya Dengan Nutrisi

Minuman tenaga yang dijual tidak mengandungi nutrisi penting. Air kelapa mengandungi lima elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium.

Serasi Dengan Darah Manusia

Memandangkan air kelapa merupakan isotonik kepada plasma manusia, air kelapa boleh digunakan di dalam kecemasan kerana boleh mempercepatkan penghidratan semula dalam badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!