17 PEKERJAAN GAJI PALING TINGGI Tanpa Kelulusan Ijazah

17 PEKERJAAN GAJI PALING TINGGI Tanpa Kelulusan Ijazah.jpg

17 Pekerjaan Gaji Paling Tinggi Tanpa Kelulusan Ijazah

Perkara yang sering kali diterapkan dalam benak minda sejak dari awal seseorang itu mendapatkan pendidikan adalah dengan,” belajar rajin-rajin… biar dapat masuk Universiti (lulusan ijazah) barulah boleh hidup senang (gaji tinggi)”. Di Malaysia, setiap belia yang mahukan pekerjaan dengan gaji yang lumayan perlu memiliki lulusan ijazah dari mana-mana institusi-institusi tinggi (Universiti). Tidak kiralah pemohonan di agensi kerajaan mahupun swasta.

Biarpun betul, namun terapan itu ternyata meleset sama sekali. Sebenarnya, tanpa ada kelulusan ijazah seseorang itu juga mampu berjaya mendapatkan masa depan yang cerah. Kelulusan ijazah dari Universiti bukanlah ukuran bagi seseorang itu mendapatkan pekerjaan yang tinggi dan lumayan gajinya.

Bagi anda yang mempunyai kelulusan setakat SPM sahaja, tidak perlu dirisaukan lagi.. Sebenarnya, pekerjaan dengan gaji lumayan yang ada diluar sana, bukanlah semata-mata untuk mereka yang berkelulusan tinggi. Terdapat banyak peluang-peluang pekerjaan yang boleh kita ceburi dan terokai.
 
Berikut adalah 17 pekerjaan (kerjaya) yang boleh memberikan pendapatan (gaji) yang paling tinggi dan lumayan tanpa sebarang kelulusan ijazah.

1. JURUTERBANG

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar, kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda bergelar seorang juruterbang bertauliah hampir mencecah ratusan ribu ringgit. Namun, kerjaya ini menjanjikan pulangan yang amat lumayan apabila mereka bakal memperoleh gaji pendapatan paling tinggi.

2. AGEN INSURANS

Untuk bergelar agen insurans tidak perlu lulusan ijazah, kerana mereka perlu lulus satu ujian berkaitan. Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Kurnia Insurans Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad dan lain-lain, antara syarikat yang cukup dikenali yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Ramai di antara mereka yang menceburi bidang ini telah bergelar jutawan.

3. PENASIHAT KEWANGAN

Penasihat kewangan, yang juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ adalah individu yang bertanggungjawab mengurus dan memberi khidmat nasihat tentang pelaburan kewangan kepada pelanggan atau majikannya. Biasanya, khidmat ini ditawarkan daripada mana-mana institusi kewangan dan perbankan.

4. AGEN HARTANAH

Agen hartanah (property agent) juga tersenarai dalam kerjaya yang mendatangkan pendapatan yang tinggi (tidak dinafikan). Setiap agen hartanah profesional hanya perlu mengikuti satu pensijilan tanpa memerlukan kelulusan ijazah. Pendapatan agen hartanah sangat lumayan, hasil urus niaga harga hartanah yang berjaya dijual. Pulangannya dianggarkan mencecah untung hingga 5-6 angka. Untuk mendapatkan ebook atau maklumat mengenai hartanah di Malaysia boleh lihat di SINI.

Seterusnya, seseorang itu juga mampu menjana pendapatan yang lumayan jika meminati dan menceburi bidang ‘Oil and Gas’ seperti mana yang disediakan oleh Petronas, MMHE, Talisman Energy dan Schlumberger. Bagi menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, mereka perlu menjalani khusus serta lulus mendapatkan sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia), DOSH dan juga CSWIP. Sijil yang dikeluarkan CSWIP ini bukan sahaja untuk sah di Malaysia, bahkan juga mempunyai kelebihan apabila diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Rig Operator / Operator Pelantar Minyak telah menjanjikan pendapatan gaji yang tinggi.
Biarpun Kerjaya dalam bidang ‘Oil and Gas’ menjanjikan tawaran gaji yang tinggi, namun, harus diingat bahawa pekerjaan ini terdedah pelbagai risiko.

5. WELDING INSPECTOR

6. WELDING QC Co-ordinator


7. PLANT INSPECTOR
 
8. OFFSHORE INSPECTION
 
9. NON-DESTRUCTIVE TESTING
 
10. PLASTICS WELDERS
 

11. WELDER (terdapat pelbagai pengkhususan)

12. SAFETY & HEALTH OFFICER
Safety & Health Officer, ditugaskan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja mengikut Standard DOSH. (Tanggungjawab besar)

13. RIG OPERATOR (Operator Pelantar Minyak)
Sebagai pekerja am yang ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Latihan dalam bekerja, untuk memperolehi kemahiran dalam bidang ‘Oil and Gas’.

14. WIREMAN
Kerjaya dalam tugasan pemasangan dan pengujian eletrik di sesebuah tapak. Wireman terbahagi kepada beberapa peringkat, yang seperti mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa bagi kawasa kediaman atau komersil.

15. CHARGEMAN
Menggalas tugasan kerja dalam pengendalian sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah.

16. RoHS OFFICER
RoHs atau ‘Restriction Of Hazardous Substances Directive’ adalah ditugaskan untuk menapis, memeriksa atau menyekat penggunaan bahan berbahaya dalam peralatan elektrik dan eletronik. Memiliki kuasa dalam pengesahan barangan elektrik dan eletronik mengikuti Standard RoHS. Khidmat pengawai RoHS di malaysia, sangat ditagihi syarikat pembuatan barangan seperti ini pada peringkat antarabangsa. Untuk menjadi pengawai RoHS, mereka tidak perlu lulusan tinggi (Ijazah), sebaliknya perlu menduduki kursus pensijilan yang disediakan oleh beberapa agensi.

Laman web atau Blog, aset paling bernilai

17. BLOGGER

Memang tidak dinafikan, kerjaya sebagai seorang blogger mampu memperoleh pendapatan (gaji) yang amat lumayan dan tinggi. Menjadi seorang blogger itu, sememangnya tidak memerlukan sebarang kelulusan kerana dia adalah boss dan dia juga adalah pekerja. Lebih menguntungkan, pendapatan blogger (benar-benar berjaya & berpengaruh) boleh dikatakan mampu menyaingi pendapatan mereka yang bekerja dengan kelulusan yang tinggi.
 
Ini kerana aset paling bernilai mereka ada adalah sebuah laman web atau blog. Dengan blog itu terdapat berbagai cara untuk mereka mengaut pendapatan yang sangat-sangat menguntungkan. Antara medium utama pendapatan blogger diperoleh adalah dengan pengiklanan. Namun, pekerjaan sebagai blogger bukanlah semudah yang disangka. Blogger perlu rajin setiap hari, berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan yang paling pentingnya adalah bersabar. Setiap hasil kejayaan seorang blogger itu, memakan masa yang agak lama..
 
Jadi, bagaimana pula dengan bidang pekerjaan yang anda ceburi sekarang ini? Adakah anda berpuas hati dan selesa? Kongsikan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!